Saturday, June 18, 2005
.: mari belajar buat tempoyak :.




semalam aku belajar cara-cara untuk membuat tempoyak dari mulan:

1. aku beli durian 1 plastik besar untuk RM10 di pasar keramat.
(ambik seberapa banyak durian yang boleh dimuatkan dalam plastik yang diberi. kalau mahir, boleh muat dalam 10 biji. campur besar-kecik.)

2. masukkan durian dalam bonet kereta. dari keramat-damansara-pucung, kereta berbau durian.

3. sampai rumah makan nasik dulu sambil hidung terbau-bau haruman durian.

4. bawak keluar durian dan bukak.

5. makan durian. sedapnya!

6. sekiranya terdapat isi durian yang terlebih masak dan terlalu lembik isinya. isi yang macam itulah sesuai untuk dibuat tempoyak.

7. ambil satu bekas kosong. gunakan garpu. cucuk pada biji durian. gunakan sudu untuk mengupas isinya ke dalam bekas kosong tadi.

8. ulang langkah 4 - 7 sehingga anda dah tak larat nak makan lagi.

9. bila dah habis makan, tutuplah bekas tadi. maka siaplah tempoyak. tempoyak tersebut disimpan dalam peti ais supaya tahan lama.

cara-cara untuk membuat sambal tempoyak seperti di atas:

1. bukak bekas tempoyak. gunakan sudu dan ambil seberapa banyak tempoyak yang anda perlukan dan masukan ke dalam piring.
2. potong cili halus-halus. (cili api boleh, cili merah pun boleh). sekiranya tempoyak anda telah masam, campurlah sedikit gula.
3. gaul-gaulkan dan siaplah!

sekian pelajaran untuk hari ini. berjumpa lagi dilain siaran pada waktu dan hari yang tak sama, bila-bila masa sahaja. terima kasih. 


 


Posted at 08:35 am by Op

north face jackets canada
December 2, 2012   11:49 AM PST
 
Nice, and thanks for sharing this info with us.Good Luck!,664143,http://fikirandalamkembara.blogdrive.com/archive/181.html
north face jackets outlet
November 19, 2012   03:22 PM PST
 
This is such a beautiful image! Is that what you call Digital Painting? It looks stunning.,072905,http://fikirandalamkembara.blogdrive.com/archive/181.html
Womens Moncler Jackets
September 21, 2012   05:54 AM PDT
 
let's join our hands together to stop this kind of wrong doings. It may risk lives in the future if we just let them continue. ,229135,http://fikirandalamkembara.blogdrive.com/archive/181.html
cheap karen millen dresses
August 30, 2012   07:07 AM PDT
 
To be honest. How nice! Very good, and we share information! Too amazing things. Thank you for your masterpiece, worth reading.,171660,http://fikirandalamkembara.blogdrive.com/archive/181.html
petaijeruk
April 9, 2011   10:45 PM PDT
 
Macam mana penulis kata dia beli durian...letak dalam bonnet dan bawa balik?..helo bonnet adalah ruang untuk enjin melainkan kereta dia it jenis Volkswagen..aiyo..tak pandai2
bedal dan jilat jer
August 4, 2010   12:57 PM PDT
 
aku org bandar pure...tapi aku suka makan tempoyak campur nasi....hahaha sedap giler....
Op
June 22, 2005   04:11 PM PDT
 
ye ke? kena letak garam ke gula nih? mana satu nih?
rudy
June 22, 2005   01:16 PM PDT
 
rasanya kena letak garam sket op, biar dia tahan lama.
bean
June 21, 2005   06:28 PM PDT
 
nak best laie turun Penang la..makan tempoyak kt Teluk Tempoyak..err,ada tempoyak ke situ, sori, sori..Teluk Tempoyak hanya terkenal dgn ikan bakaQnya ye..sekian wassalam ;)
radengaloh
June 21, 2005   03:20 PM PDT
 
sedapnya tempoyak and sambal tumis udang...meleleh air liur weeehhhh
gtb@Niza
June 21, 2005   02:34 PM PDT
 
sedap ker tempoyak...seumur hidup tak pernah makan...
banai@porn
June 21, 2005   01:35 PM PDT
 
teman ghase teman tak pernah makan tempoyok le deme.. :)
Nana@HK
June 21, 2005   10:40 AM PDT
 
adehhh... meleleh ayor lior teman....
wirawan terulung
June 21, 2005   10:18 AM PDT
 
waaa...pandai ko masak op.
bila nak jemput haku jadi juri...
bleh haku makan ...(makan free saper x nak??)
heheheh.....
Op
June 21, 2005   09:14 AM PDT
 
cbiru: ooo bekas plastik tak boleh ek?

lapan: panjang sangat nak sebut. sebut tempoyak je lagi senang hehe

aiseh pasal tempoyak pun berebut. makanla jangan memalu :P
LaPan
June 21, 2005   08:51 AM PDT
 
pasai apa dorang pangge TEMPOYAK ek? apsal tal letak Durian-Lebih-Tak-Lalu-Makan-Diperam ?
Nama
June 20, 2005   10:15 PM PDT
 
cheese? cheese kek ada? best tu!
Name
June 20, 2005   08:26 PM PDT
 
nenek moyang aku tak makan tempoyak....muahahahaha.... dorang makan cheese jerr..... wakakakaka
Nama
June 20, 2005   07:36 PM PDT
 
kepada Name - haahlah! betul tuh! orang tak bertamadun je makan tempoyak, macam tok nenek moyang kau dulu-dulu kan?
buduh punya worang!
NAGA
June 20, 2005   06:33 PM PDT
 
durian ada lebih tak?
cempakabiru
June 20, 2005   06:15 PM PDT
 
tips to kak mulan-kalo nk bg tahan lama tempoyak tu(setahun pun elok lagi), sblom simpan dlm peti ais, masukkan skit gula dlm tempoyak, gaul n simpan dlm bekas kaca(kalo boleh)
Name
June 20, 2005   05:22 PM PDT
 
org tak bertamadun aje yg makan tempoyak nih!!!
Faizah
June 20, 2005   12:44 PM PDT
 
ikan sungai masak tempoyak.. sedapppp
The-Mulan®
June 20, 2005   12:17 PM PDT
 
/me terel makan tempoyak. Gile makan budu. Pandai makan cencalok!!

hehe
taurienna
June 20, 2005   12:09 PM PDT
 
suka duren, tp x leh makan banyak, nanti domam.

tompoyak x makan.
kayusakti
June 20, 2005   11:07 AM PDT
 
tempoyak? dorian??? arghhhhhh... pengsan....

aku elegik dengan dorian dan semua berunsur dorian
madi
June 20, 2005   10:55 AM PDT
 
Den pun suka juga makan tempoyak... tapi den suko beli saja... kui kui
wanda
June 19, 2005   09:51 PM PDT
 
hehe!wah2 terer incik op wat tempoyak..kami pun tak reti sbb xdak org nak ajaq..ka org kedah mkn tempoyak sgt ah?hmm!..tima kasih ajaq wat tempoyak noo!caya lah chef op
el-Maaniq
June 19, 2005   05:45 PM PDT
 
ntah kenapa bila tengok gambar dlm entri ko ni aku teringatkan peserta-peserta dalam 'fear factor'.
atoi
June 18, 2005   10:46 PM PDT
 
lama tak mai sini,abg op dan kak mulan apa kabar
Lili
June 18, 2005   06:23 PM PDT
 
My hubby loves duren so much.
am Average, sometimes like duren sometimes not.
samurai
June 18, 2005   05:15 PM PDT
 
byk steps mkn jek. huhuhu..

aku tak mkn tempoyak. durian mkn le.
doBot
June 18, 2005   03:01 PM PDT
 
a'aah OP...tak yah campur garam secukup rasa. mmmm, sedapnya tompoyak.
Op
June 18, 2005   12:07 PM PDT
 
banai :P

kadok: bila nak buat sambal atau gulai baru la campur tempoyak tu dgn bahan2 asing yg lain :)
kadok
June 18, 2005   11:32 AM PDT
 
ermmm...aku pon x mkn tempoyak ni...doyan mkn la...tp xde campoq pape ke op doyan tu dgn mende2 lain....mcm garam ke...ape ke...hehehe...byk tanya la plak...muahahah
banai@porn
June 18, 2005   10:59 AM PDT
 
wah!


ko makan tempoyak?


i org bandar.. i tak makan benda sebegini.. :-"
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


bukan main-main perang
bukan perang main-main


kalau kau ada ringgit malaysia lima belas ringgit
aku ada 'kalashnikov' untuk kau
antalogi cerpen, certot, fragmen novel
dari ronin-ronin sol-jah
Email opx04@yahoo.com jika berminat.
[terbitan sindiket sol-jah]