Tuesday, April 03, 2007
.: bawak laju-laju sampai pokok kemboja :.

Hari itu aku rasa marah. Fikiran betul-betul kusut. Biasanya aku akan tidur. Cuba melupakan masalah dengan kegelapan dan dengkuran. Cuma hari itu aku di Kedah. Jauh dari bantal dan tilam. Jadi aku lepaskan kemarahan pada stering kereta. Dia terpaksa menerima sepam-dua tumbukan. Kemudian aku tekan minyak kuat-kuat. Sekuat lagu Jon Bon Jovi yang buat aku angguk-angguk kepala. Meter kelajuan bertukar dengan pantas. 100. 140. 160. 180. 200. Aku hilang kiraan selepas itu. Menumpukan perhatian pada kereta-kereta di hadapan. Kejap-kejap ke kiri. Kejap-kejap ke kanan.

"Abang nak lumba ke?" tanya seorang budak memandang tepat ke dalam mata aku. Bersungguh. Mungkin dari tadi memerhati. Aku memandang dia atas bawah. Lebih kepada bawah dan bawah. Aku kira umurnya dalam sembilan atau sepuluh tahun. Hingusan.

Aku angkat kening. Kami duduk bersebelahan. Sesudah memasukkan dua keping 'token', kami bersungguh-sungguh memutar stering. Kejap-kejap ke kiri. Kejap-kejap ke kanan.


Posted at 09:16 am by Op
komen (18)  

Previous Page Next Page


bukan main-main perang
bukan perang main-main


kalau kau ada ringgit malaysia lima belas ringgit
aku ada 'kalashnikov' untuk kau
antalogi cerpen, certot, fragmen novel
dari ronin-ronin sol-jah
Email opx04@yahoo.com jika berminat.
[terbitan sindiket sol-jah]