Thursday, March 01, 2007
.: doakan :.

esok Mulan akan menjalani pembedahan di Hospital Pantai, Bangsar. tolong doakan beliau selamat menjalani pembedahan tersebut.

terima kasih.

//

kena tag dengan radengaloh. 6 keganjilan diri aku:

i. aku boleh gerak-gerakkan telinga tanpa memegangnya.
ii. muka aku nampak tenang, tapi sebenarnya aku seorang yang panas baran terutama pada mereka yang aku tidak kenal (jadi kamu selamat hahaha). kebaranan semakin terserlah terutama semasa memandu. (sila jarakkan kereta anda).
iii. cepat pelupa. aku kena tulis dalam nota/handphone untuk mengingati sesuatu perkara yang perlu dibuat pada masa akan datang. kalau tidak, memang tak ingat
iv. suka susunan muzik KRU. sejak album pertama mereka sampailah mereka jadi komposer buat penyanyi lain, aku amat appreciate susunan muzik adik-beradik KRU. admiring kekreatifan mereka dalam seni.
v. cita-cita aku dari tahun 1978 (sejak pandai tengok tv) hingga ke hari ini ialah untuk jadi juruterbang kapal perang angkasa (selepas tengok battlestar gallactica, buck rogers & star wars tentunya).
vi. Kalau terlalu lapar tangan aku akan menggigil.

aku tag kamu!:
de5lin, kemat, samurai, ahsuez, esis, kingbinjai.
jangan mengelat. sila berikan 6 keganjilan diri kamu.


Posted at 04:14 am by Op
komen (15)  

Previous Page Next Page


bukan main-main perang
bukan perang main-main


kalau kau ada ringgit malaysia lima belas ringgit
aku ada 'kalashnikov' untuk kau
antalogi cerpen, certot, fragmen novel
dari ronin-ronin sol-jah
Email opx04@yahoo.com jika berminat.
[terbitan sindiket sol-jah]